Perihal Kami

Sales Team Avergold

Avergold adalah penjenamaan semula jenama produk minyak urut Aroma Terapi yang telah berada di pasaran sejak tahun 2020. Produk Avergold telah berada di pasaran di seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak. Produk-produk Avergold boleh didapati di pasaraya Mydin, Lulu Hypermarket, Sakan, farmasi-farmasi, toko-toko jamu dan kedai-kedai runcit di seluruh negara.

Produk Avergold telah diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Mohd Amin Bin Khalid, yang telah berkecimpung dalam bidang ini sejak lebih 55 tahun dahulu dan cukup dikenali di kalangan pengeluar produk kesihatan tradisional Melayu Malaysia. Beliau merupakan antara tokoh yang telah menubuhkan dan pernah memegang jawatan sebagai Presiden Pesatuan Pengeluar Ubat Tradisional Melayu Malaysia, PURBATAMA.

Kini produk-produk Avergold, bukan sahaja telah melalui rekabentuk baru yang lebih segar, tetapi juga telah ditambah nilai dan kualiti bagi setiap produknya.

Avergold juga telah mengeluarkan beberapa rangkaian produk baru bagi memenuhi permintaan para pelanggan yang memberikan sambutan yang amat menggalakkan.

Selaras dengan perkembangan pesat syarikat, segala urusan jualan & pengedaran akan dijalankan di bawah syarikat Avergold Holdings Sdn Bhd dan penghasilan produk-produk adalah di bawah Shairos Industries Sdn Bhd (dulu dikenali sebagai Afigold Holdings Sdn Bhd).