F.A.Q

Soalan-soalan lazim (Frequently asked questions) bagi produk-produk Avergold.

Avergold adalah jenama produk kesihatan & kecantikan (health & beauty) yang dirumus khas dari bahan-bahan semulajadi terpilih. Avergold terdiri dari beberapa produk, antaranya Minyak Urut Aromaterapi (Aromatherapy Massage Oil) dalam bentuk minyak titis, semburan (spray), roll dan Lotion Urut Aromaterapi (Aromatherapy Massage Lotion). Sila lihat di bahagian Produk.

Produk-produk Avergold yang terdiri dari minyak urut aromaterapi seperti:

  • Aromaterapi Massage Oil,
  • Aromaterapi Massage Spray,
  • Aromaterapi Massage Roll
  • Aromaterapi Massage Lotion

diformulasikan bagi tujuan melegakan ketidakselesaan dan memberikan rasa kesegaran pada bahagian-bahagian tubuh. Rasanya berangin, tidak terlalu panas dan tidak terlalu dingin membuatkan tubuh rasa nyaman & lega.

Disamping itu nilai aromaterapinya yang harum dapat memberikan rasa ketenangan pada minda dari kekusutan dalam menjalani kehidupan seharian.

Kelebihan-kelebihan produk Avergold ini adalah dari bahan-bahan ‘premium’ semulajadi yang digunakan. Antaranya adalah:

  • Minyak Zaitun (Olive Oil) – mengandungi vitamin E, K, anti oksidan, anti ageing.
  • Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil) – mengandungi vitamin E, melembapkan, memelihara dan
    melicinkan kulit.
  • Daun Bidara (Sidr) – disebut dalam Qur’an & Hadis, disarankan sebagai antara bahan yang perlu dalam produk kesihatan tubuh jasmani & rohani.
  • Minyak Kayu Putih (Eucalyptus) – Pati minyak aromaterapi,
    melegakan pernafasan, dada, dan lain².
  • Serai Wangi (Citronella) – mengandungi vitamin A, B1, B2, B3, B6 & C serta memiliki nilai anti oksidan dan sangat baik untuk kesihatan kulit.

Secara keseluruhannya, produk Avergold AromaTerapi Massage Oil ini dapat digunakan sebagai ikhtiar untuk anda mengambil manfaatnya untuk kesihatan tubuh anda.

Bagi produk Avergold:

  • AromaTerapi Massage Oil
  • AromaTerapi Massage Spray
  • AromaTerapi Massage Roll

Titis / Spray / Roll sedikit pada tapak tangan, gosok kedua belah tapak tangan, rapatkan ke hidung dan hidu aromanya hingga terasa masuk ke dalam tubuh.

Ulangi 3x sambil selawat ke atas Nabi SAW kemudian sapu dan urutlah ke bahagian-bahagian tubuh yang diperlukan.

Avergold AromaTerapi Massage Oil ini juga sangat baik digunakan sebagai terapi sebelum tidur. Hidu aromanya, sapukan sedikit pada sekitar dada untuk memudahkan tidur.

 

  • AromaTerapi Massage Lotion

Buka penutup (cap) tube, tanggalkan seal yang menutup Losyen dan pasang semula penutup.

Picit sedikit Massage Lotion ini pada tapak tangan dan sapu serta urutlah pada bahagian-bahagian tubuh yang diperlukan. Gunakan Massage Lotion ini setiap hari pagi dan malam untuk kesan yang lebih baik. Insya-Allah.

Produk-produk Avergold boleh diperolehi dan dibeli dari:

  • Pasaraya Mydin
  • Pasaraya Sakan
  • Lulu Hypermarket
  • Rangkaian Kedai TreLeaf
  • PERNAMA
  • Kedai-kedai runcit & Toko-toko Jamu
  • Farmasi-Farmasi Ubat terpilih.

Selain itu anda juga boleh membeli produk Avergold ini dari wakil penjual kami di Shopee, Lazada, PGMall dan lain². Cuma perlu buat carian (Search) : Avergold.

Sekiranya anda ingin mendapatkan produk Avergold terus dari kami dalam kuantiti yang banyak, boleh hubungi kami terus di ruangan Contact.

Ya, anda boleh memohon untuk menjadi Ejen atau Wakil Penjual produk-produk Avergold. Sila hubungi kami terus di ruangan Contact.

Pihak kami akan hubungi anda dalam masa terdekat.