Kebaikan Daun Bidara Menurut Islam

Daun Bidara memang memiliki manfaat yang baik bagi kesihatan tubuh. Kerana ianya mengandungi khasiat seperti alkaloid, flavonoid, glikosida, saponin dan minyak atsiri terdapat dalam Daun Bidara ini. Ditambah sifat antioksidan dan antibakterinya memberikan berbagai manfaat lainnya yang sesuai untuk kesihatan tubuh.

Mengandungi aktiviti hyperglycaemic atau antidiabetic (mengawal lebihan gula dalam darah) dalam ekstrak daun dan bijinya. Mengandungi aktiviti immunomodulatory (yang berkesan positif pada sistem imune tubuh). Mengandungi aktiviti antimicrobial (merencat pertumbuhan organisma yang menyebabkan penyakit atau pathogen) dan Antiradang (Anti-inflammatory).

Ekstrak bijinya merencatkan ketumbuhan sel HL-60 (sel lukemia). Ekstrak daunnya bertindak ke atas bakteria seperti S.Pyogenes dan E.Coli. Istimewanya, tiada sebarang racun atau contraindication yang diketahui pada mana-mana bahagian pokok ini.

Pohon Bidara Dalam Al-Quran

Surah Saba (34), Ayat 16:

“Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan 2 kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan 2 kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit Pohon-Pohon Bidara”.
[QS 34 : 16]

Surah Waqi’ah (56), Ayat 28:

“Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu (27). Berada di antara Pohon Bidara yang tidak berduri (28).
Dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya) (29)”.

[QS 56 : 27-29]

Anak Pokok Bidara

Hadis Mengenai Daun Bidara

1. Daun Bidara Sebagai Mandian Wanita Haid

Dari ‘Aisyah r.ha bahawa ‘Asma’ bertanya kepada Nabi SAW tentang mandi wanita haid. Maka baginda bersabda,
“Salah seorang dari kalian hendaklah mengambil air dan Daun Bidara, lalu engkau bersuci, lalu membaguskan bersucinya”.
[HR. Bukhari No. 314 & Muslim No. 332]

2. Memandikan Mayat

اغْسِلْنَهَا ثَلاَثًا أَوْ خَمْسًا أَوْ أَكْثَرَ مَنْ ذَلِكَ إِنْ رَأَيْتُنَّ ذَلِكَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ

“Mandikanlah dengan menggunakan air yang dicampur dengan daun bidara sebanyak 3x, 5x atau lebih dari itu jika kalian
anggap perlu dan jadikanlah yang terakhirnya dengan kapur barus (wangi-wangian)”.
[HR. Bukhari No.1253 & Muslim No.939]

3. Digunakan bagi Mengusir Jin yang merasuk atau sebab akibat disihir.

Ibnu Katsir saat mentafsirkan surah Al-Baqarah, ayat 102 yang bercerita mengenai fitnah syaitan kepada Nabi Sulaiman. Di dalam penceritaan tersebut Syeikh Al Qurtubi menceritakan daripada seorang ulama yg bernama Wahab bin Munabid iaitu cara untuk mengubati Sihir:

“Di ambil 7 helai Daun Bidara ditumbuk halus lantas dicampur air serta dibacakan Ayatul Kursi serta di beri minum pada orang yang terkena sihir 3x teguk serta baki airnya diguna untuk mandi. InsyaAllah akan hilang sihirnya”.

“Dan hendaklah membaca Surah Al-Falak, An-Nas serta ditambah Ayatul Kursi kerana ayat-ayat ini mampu mengusir syaitan”.
[Tafsir Ibn Katsir Jilid 1 Terjemahan Singkat Halaman 171]
[Tafsirul QuranilAzim Juz : 1 halaman 372]

Dua Jenis Pohon Bidara

Kebiasaanya di Malaysia, 2 jenis Pohon Bidara yang biasanya boleh diperolehi adalah:

  • Pohon Bidara jenis berbuah tapi tidak berduri
  • Pohon Bidara berduri dan tidak berbuah

Pohon Bidara yang jenis berduri itulah yang biasanya digunakan untuk tujuan merawat atau berubat.
Wallahua’lam.