Kebaikan Pati Minyak Aromaterapi

Peranan Aromaterapi Untuk Kesihatan

Aromaterapi dihasilkan bukanlah untuk menjadikannya sebagai pengganti kepada rawatan perubatan konvensional yang biasa. Tetapi ianya hanyalah sebagai alternatif setelah mendapatkan rawatan atau pun nasihat dari doktor.

Namun begitu berbagai penyelidikan dalam negara dan antarabangsa telah menunjukkan bahawa beberapa jenis tumbuhan terpilih mengandungi khasiat kesembuhannya (healing properties) tersendiri. Antaranya telah digunakan sebagai pati minyak Aromaterapi untuk digunakan bagi mendapatkan manfaat kesihatan seperti di bawah.

Manfaat & Kebaikan Aromaterapi

  1. Meredakan tekanan, kegelisahan & kemurungan.
  2. Memberikan perasaan tenang & relaks.
  3. Menyegarkan kembali tubuh fizikal yang berasa lesu.
  4. Membantu untuk lebih fokus & peka (alert).
  5. Mengatasi masalah insomnia dan memudahkan tidur malam.
  6. Melegakan rasa loya, masalah hidung tersumbat & melancarkan pernafasan.
  7. Meredakan pening kepala, sakit belakang, sengal otot, sakit gigi.
  8. Meringankan kesakitan tertentu, seperti osteoartritis lutut, sendi-sendi.
  9. Membantu meningkatkan kualiti hidup orang yang bermasalah kesihatan seperti demensia.
  10. Bersifat anti septik, iaitu anti bakteria & anti kulat, sesuai untuk merawat luka-luka kecil.
  11. Meredakan kesakitan atau kegatalan akibat gigitan serangga.
  12. Bersifat anti radang (anti inflammatory), membantu mengurangkan kegatalan akibat radang kulit,
  13. Membantu mengurangkan jerawat, masalah kulit & kelemumur.
  14. Meringankan beberapa kesan sampingan seperti mual & muntah akibat rawatan kemoterapi.
  15. Melegakan rasa kembung perut akibat angin.
  16. Meningkatkan respon seksual pada kaum lelaki & perempuan.
  17. Menghadirkan perasaan (mood) yang positif.
  18. Sesetengah Aromaterapi mengandungi cas-cas positif yang dapat menyingkirkan cas-cas negetif pada tubuh.
  19. Membantu menyejukkan tubuh.
  20. Penggunaan Aromaterapi juga dapat mengelakkan penggunaan ubatan (drugs) yang mengandungi kesan sampingan (side effect).
  21. Sebahagian kecilnya mengandungi kelebihan untuk kesihatan rohani, seperti khasiat Daun Bidara, terdapat dalil hadis Nabi SAW akan kebaikan pati minyak Daun Bidara bagi kesihatan dalaman (rohani).

Kebaikan Minyak Angin Aromaterapi

Terlalu banyak kebaikan dan manfaat pati minyak Aromaterapi (Aromatherapy essential oil) ini, bahkan terdapat banyak buku-buku ilmiah khusus tentang topik Aromaterapi, jenis-jenis serta kegunaan & manfaatnya diterbitkan oleh berbagai ilmuan dari seluruh dunia.

Termasuklah karya-karya oleh cendikiawan Islam sendiri sepertimana yang telah dibincangkan dalam Sejarah Aromaterapi Dalam Perubatan Islam. Dunia barat dan tak kurang juga hebatnya dari dunia timur, pelbagai jenis pati minyak serta tumbuhan telah diklasifikasikan akan kegunaan dan manfaatnya.

Minyak Angin Avergold Aroma Terapi Massage Oil

Untuk itu, kami di Avergold telah berjaya, alhamdulillah, mencipta suatu formula terbaru gabungan antara 1,001 kebaikan Aromaterapi dengan formula dari bahan² premium terpilih.

Avergold Aroma Terapi Massage Oil

Melalui jenama Avergold, kami memperkenalkan suatu revolusi produk kesihatan dalam kandungan botol 55ml pada harga yang sangat berpatutan. Satu rumah satu botol, bagi memiliki khasiat & manfaat Aromaterapi dan Minyak Angin, Avergold Aroma Terapi Massage Oil.

Ia adalah penambahbaikan Minyak Angin yang lama, diperbaharui dengan tambahan segala keperluan & manfaat untuk kesihatan dan kesegaran tubuh untuk setiap golongan pengguna.

Apakah itu Aromaterapi?

Kaitan Antara Aroma & Terapi

Istilah Aromaterapi (Aromatherapi) berasal dari dua perkataan, iaitu aroma & terapi. Aroma bermaksud haruman atau wangian dan Terapi bermaksud kaedah rawatan ke atas sesuatu jenis masalah kesihatan. Terapi selalunya adalah istilah yang digunakan bagi kaedah rawatan luaran sama ada terapi secara langsung atau terapi tidak langsung. Jadi pada dasarnya, istilah Aromaterapi berkaitan dengan kaedah bagi mengatasi suatu permasalahan kesihatan diri dengan penggunaan aroma dari sumber alam.

Jenis Terapi

  • Terapi secara langsung – rawatan terus pada bahagian tubuh yang sakit, seperti rawatan fisioterapi (physiotherapy), urutan dan seumpamanya.
  • Terapi tidak langsung – seperti santapan pancaindera, pandangan, pendengaran, hidu, sentuhan & rasa pada suasana alam sekitar yang menyegar dan mendamaikan. Mendengar alunan zikir juga merupakan terapi minda serta santapan rohani secara tak langsung.

Perbezaan Terapi & Rawatan

Seperti yang telah dinyatakan di atas, Terapi adalah kaedah rawatan atau membaik pulih kesihatan tubuh secara luaran. Sementara rawatan pula adalah proses memperbaiki kerosakan yang telah terjejas pada tubuh. Rawatan boleh jadi secara luaran atau dalaman, iaitu memakan ubatan serta melakukan pembedahan ke atas bahagian yang sakit.

Terapi selalunya tidak memberikan kemudaratan atau kesan sampingan (side effect) yang lain berbanding kaedah rawatan menggunakan ubatan (drugs). Namun begitu setiap penyakit perlulah dirujuk dengan pakar perubatan iaitu doktor yang ahli dalam bidangnya serta kaedah rawatan yang dianjurkan.

Terapi

  • Kaedah rawatan luaran
  • Tak perlu makan ubat
  • Tak membabitkan suntikan atau pembedahan
  • Tiada risiko kesan sampingan (side effect)
  • Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja (yang tahu caranya), termasuk diri sendiri

Rawatan

  • Proses membaik pulih secara menyeluruh pada tubuh
  • Luaran & dalaman
  • Suntikan atau pembedahan sekiranya perlu
  • Risiko kesan sampingan (side effect)
  • Dilakukan oleh doktor bertauliah sahaja

Gabungan Aroma & Terapi

Aromaterapi adalah pati minyak (essential oil) berasaskan tumbuhan aromatik terpilih yang dihasilkan bagi tujuan meningkatkan keadaan psikologi dan kesihatan seseorang. Ia digunakan sebagai suatu terapi alternatif selain daripada rawatan konvensional.

Sebagai contoh, anda ingin mengatasi masalah kesihatan dalaman, seperti kegelisahan hingga sukar tidur, anda boleh berikhtiar dengan penggunaan Aromaterapi. Masalah kesihatan seperti ini mungkin berisiko dengan kaedah rawatan konvensional yang menggunakan ubat-ubatan.

Kaedah Aromaterapi menggunakan ekstrak pati minyak dari tumbuhan terpilih yang memiliki sifat aromatik dan kesembuhan (healing properties)

Aromaterapi Essential Oil
Pati Minyak Aromaterapi Bunga Matahari
(Sun Flower Aromatherapy Essential Oil)

Sejarah Aromaterapi

Adalah dipercayai Aromaterapi telah mula digunakan sejak berabad-abad lamanya. Penggunaannya telah dikenalpasti sejak zaman Mesir kuno (2000 tahun SM), China (Dinasti Chang di zaman Gangsa), Parsi, Babylon serta bangsa Yunani (Greek) ribuan tahun dahulu sebagai rawatan oleh tabib perubatan, bahan pewangi, digunakan juga dalam proses makanan serta mengawet mayat.

Pada zaman tersebut bahan-bahan untuk penghasilan Aromaterapi yang terdiri dari tumbuh-tumbuhan serta rempah ratus terpilih mempunyai nilai yang sangat tinggi. Dikatakan nilainya setanding emas dan permata kerana kesukaran untuk mendapatkannya serta keperluan kepada ilmu pengetahuan untuk mendapatkan hasilnya. Bahkan ia selalunya digunakan oleh raja-raja mereka serta golongan bangsawan sahaja.

Antara peranan utama bahan Aromaterapi digunakan pada zaman dahulu adalah bagi proses penyembuhan luka, di mana beberapa tumbuhan yang memiliki sifat anti bakteria, anti virus dan anti inflamasi (anti radang) pada kulit. Kerana ketika itu semuanya berasaskan tumbuhan, sebelum bermulanya era pemodenan dalam bidang perubatan.

Perubatan dalam sejarah Islam
Ilaj an-Nafs (Rawatan jiwa) atau ‘Tib al-Qalb’ (Penawar bagi Hati atau Penyembuhan Jiwa)

Dalam sejarah Islam juga, suatu kitab terkenal dan telah diterjemah ke bahasa Parsi, Latin, Cina, Ibrani, Jerman, Perancis dan Inggeris, iaitu Kitab Kanun Perubatan, karangan Ibnu Sina. Kitab ini dikenali juga sebagai ‘ensiklopedia perubatan’ kerana merupakan penulisan terlengkap bidang perubatan dan masa yang cukup lama untuk dihasilkan oleh beliau.

Kitab Kanun Perubatan ini selesai dihasilkan pada zaman pertengahan Islam iaitu 1025 Masihi (416 Hijrah). Keilmuan karangan Ibnu Sina yang menyeluruh dan lengkap menjadikannya rujukan hingga kini. Kitab ini terbahagi kepada 5 buku utama, yang mana termasuklah bab penggunaan Aromaterapi:

  • Prinsip Am Amalan Perubatan
  • Rawatan Ringkas
  • Penyakit Setempat
  • Penyakit Am
  • Pengubatan Campuran (Formular)

Setelah dunia perubatan memasuki zaman moden dengan penghasilan peralatan pembedahan lebih canggih serta ubat-ubatan dari sumber sintetik (drugs) sekitar tahun 1800an, sedikit sebanyak meninggalkan perubatan bersumberkan tumbuhan.

Namun sejak akhir-akhir ini manusia kembali cenderung untuk memilih kepada kaedah Aromaterapi yang diyakini lebih selamat dan hampir tiada kesan sampingan berbanding ubatan sintetik (drugs).

Bahkan telah banyak kajian serta aplikasi Aromaterapi yang lebih meluas, bukan sahaja khusus dalam bidang perubatan, tetapi dalam seluruh kehidupan manusia. Dari penggunaan bahan penjagaan & kebersihan diri hinggalah keperluan dalam setiap rumah serta kenderaan terdapat elemen Aromaterapi.

Kaedah Penggunaan Aromaterapi

Aromaterapi paling banyak digunakan sebagai minyak wangi kerana ia memberikan haruman secara langsung kepada sipemakai dan orang sekelilingnya. Namun begitu Aromaterapi lebih dari sekadar haruman semata-mata, ia dihasilkan khusus untuk tujuan terapi diri dari pelbagai permasalahan tubuh luaran dan dalaman.

Perawatan dengan kaedah Aromaterapi kebiasaannya adalah dengan cara menghidu aromanya melalui hidung atau menyapu pati minyaknya pada kulit. Pati minyaknya juga biasa digunakan pada tubuh luaran sebagai terapi mengurut atau selepas mandi. Secara umumnya ia sesuai untuk hampir semua peringkat usia, dari kanak-kanak hingga dewasa bergantung kepada jenis dan ramuan yang digunakan.

Sila lihat artikel seterusnya berkaitan Kebaikan Pati Minyak Aromaterapi. Kami cuba huraikan dengan lebih terperinci mengenainya beserta manfaat Aromaterapi.

Sejarah Aromaterapi Dalam Perubatan Islam

Dunia Barat baru mengenal dan mengembangkan penggunaan Aromaterapi pada awal abad ke-20 Masihi. Namun sejarah Aromaterapi telah mencatatkan, Tamadun Islam telah menggunakannya 13 abad lebih awal lagi. Sebelum ahli kimia berbangsa Perancis, Rene-Maurice Gattefosse memperkenalkan aromaterapi di Eropah pada 1920an, para doktor dan ahli kimia Muslim seperti al-Kindi, Jabir Ibnu Hayyan serta Ibnu Sina (Avicenna) telah mengembangkan kaedah perubatan ini pada abad ke-7 Masihi lagi.

Sejarah Perubatan Islam
Jabir Ibnu Hayyan antara ahli kimia terkenal dunia perubatan Islam.
Kredit imej: alfutuhat.com

Aromaterapi merupakan istilah generik bagi salah satu jenis perubatan alternatif yang menggunakan bahan pati tumbuhan yang mudah meresap, dikenal sebagai minyak esensial (essential oil), dan senyawa aromatik lainnya dari tumbuhan. Aromaterapi bertujuan untuk mempengaruhi suasana hati atau kesihatan seseorang, yang sering digabungkan dengan praktik perubatan alternatif.

Sejarah Pati Minyak Sejak Tamaddun Islam

Sejarah tamaddun manusia telah mengenali aromaterapi sejak 6,000 tahun yang lalu, namun kajian sainstifik telah dilakukan oleh ahli kimia dan perubatan Islam. Semasa zaman khalifah lagi, teknologi penghasilan pati minyak (essence oil) perubatan telah berkembang dengan pesat. Nabi Muhammad SAW yang hidup sekitar abad ke-6 dan ke-7 Masihi pun cenderung menggemari aroma wangi-wangian dan telah menjadi Sunnah Baginda SAW.

Berdasarkan catatan sejarah, pada abad ke-7 Masihi, para ahli kimia Arab berupaya mencari saripati dari tanaman. Pada abad ke-9 M, ahli kimia Muslim bernama Yakub al-Kindi (803-870 M) dalam bukunya bertajuk Perfume Chemistry and Distillation telah berjaya menghasilkan beraneka  jenis pati minyak (essential oil).

Ahli kimia Muslim lainnya, yakni Jabir Ibnu Hayyan (Geber) juga telah berjaya menghasilkan teknologi penyulingan pati minyak dari berbagai jenis tumbuhan dan bunga. Semua penemuannya itu ditulisnya dalam Summa Perfectionis. Dalam kitab tersebut, Jabir menjelaskan teknologi penyulingan ciptaannya dalam beberapa bab.

Ibnu Sina Pelopor Aromaterapi

Zaman Sains Barat, Marlene Ericksen dalam karyanya bertajuk Healing with Aromatherapy mengakui peradaban Islam sebagai pelopor dan perintis aromaterapi moden. Menurut Ericksen, penyulingan wap air pertama kali ditemukan oleh tokoh perubatan Muslim bernama Ibnu Sina (980 M-1037 M).

Sejarah Ilmuan Islam
Kaedah proses penyulingan pertama ditemui oleh Ibnu Sina
Kredit imej: islamic-study.org

Ibnu Sina, menurut Ericksen, telah menggunakan penyulingan wap air itu untuk membuat pati minyak (essential oil) yang digunakan untuk merawat pesakitnya. Menurutnya, kaedah perubatan ini kemudian dikenali sebagai Aromaterapi.

“Ibnu Sina pun digelar sebagai orang pertama yang memperkenalkan Aromaterapi”.

kata Ericksen

Hal yang sama juga diungkapkan Stanley Finger dalam karyanya bertajuk Origins of Neuroscience: A History of Explorations Into Brain Function, bahawa penyulingan wap air pertama kali ditemukan doktor Muslim bernama Ibnu Sina (980 M-1037 M).

Artikel berkaitan: Kebaikan Pati Minyak Aromaterapi

Ibnu Sina juga dikenali sebagai orang pertama yang membuat perkakas  penyulingan untuk pati minyak esensial. Dia menciptakan suatu sistem paip melingkar, yang menghasilkan wap air tanaman dan wap panas menjadi dingin yang lebih efektif, sehingga pati minyak esensial dapat dihasilkan. Dalam karyanya yang sangat monumental,  ‘Al-Qanun fi’l Tibb‘ atau ‘Canon of Medicine‘, Ibnu Sina menjelaskan pati minyak esensial dan aromatik tumbuh-tumbuhan dapat digunakan secara ekstensif dalam mempraktikkan aromaterapi. Kitab Canon of Medicine juga merupakan salah satu dari ratusan buku perubatan yang secara khusus membahas mengenai air mawar.

Menurut ramai pengkaji , Ibnu Sina telah berjasa dan berkontribusi besar dalam meletakkan dasar-dasar pengembangan proses kimia seperti penyaringan, penyulingan, sublimasi dan proses pengapuran. Ia disebut sebagai pengasas prosedur penyulingan dari bunga menjadi minyak esensial. Salah satu bunga pertama yang disuling menjadi minyak adalah bunga mawar.

Penyulingan wap yang ditemukan Ibnu Sina kemudian digunakan pada aromaterapi dan industri wangi-wangian. Penemuan wap penyulingan memberikan kontribusi yang signifikan untuk pengembangan wangi-wangian. Teknologi distilasi wap yang ditemukan para ilmuan Islam di era keemasan sangat mempengaruhi industri pewangi di Barat dan perkembangan ilmu pengetahuan, khususnya kimia.

Pada abad ke-13 M, seorang ahli perubatan Muslim bernama al-Samarqandi juga mengembangkan perawatan dengan wangian atau aroma. Dalam risalah yang ditulisnya, ia membahas tentang berbagai jenis aromaterapi berupa mandian aromatik, serbuk aromaterapi, wap panas dengan wangian dari aneka bunga-bungaan. Al-Samarqandi melakukan terapi aroma untuk menyembuhkan infeksi telinga dan sinus. Aromaterapi juga merangsang psikologi atau aura seseorang, mencerdaskan minda, memberikan ketenangan minda, memberikan kesegaran dan keselesaan tubuh badan seharian.

Sumber; Dr. Khalid Sabran (Ph.D Alternative Medicines)