Daun Bidara memang memiliki manfaat yang baik bagi kesihatan tubuh. Kerana ianya mengandungi khasiat seperti alkaloid, flavonoid, glikosida, saponin dan minyak atsiri terdapat dalam Daun Bidara ini. Ditambah sifat antioksidan dan antibakterinya memberikan berbagai manfaat lainnya yang sesuai untuk kesihatan tubuh.
Mengandungi aktiviti hyperglycaemic atau antidiabetic (mengawal lebihan gula dalam darah) dalam ekstrak daun dan bijinya. Mengandungi aktiviti immunomodulatory (yang berkesan positif pada sistem imune tubuh). Mengandungi aktiviti antimicrobial (merencat pertumbuhan organisma yang menyebabkan penyakit atau pathogen) dan Antiradang (Anti-inflammatory).
Ekstrak bijinya merencatkan ketumbuhan sel HL-60 (sel lukemia). Ekstrak daunnya bertindak ke atas bakteria seperti S.Pyogenes dan E.Coli. Istimewanya, tiada sebarang racun atau contraindication yang diketahui pada mana-mana bahagian pokok ini.
Pohon Bidara Dalam Al-Quran
Surah Saba (34), Ayat 16:
“Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan 2 kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan 2 kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit Pohon-Pohon Bidara”. [QS 34 : 16]
Surah Waqi’ah (56), Ayat 28:
“Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu (27). Berada di antara Pohon Bidara yang tidak berduri (28). Dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya) (29)”. [QS 56 : 27-29]
Hadis Mengenai Daun Bidara
1. Daun Bidara Sebagai Mandian Wanita Haid
Dari ‘Aisyah r.ha bahawa ‘Asma’ bertanya kepada Nabi SAW tentang mandi wanita haid. Maka baginda bersabda, “Salah seorang dari kalian hendaklah mengambil air dan Daun Bidara, lalu engkau bersuci, lalu membaguskan bersucinya”. [HR. Bukhari No. 314 & Muslim No. 332]
“Mandikanlah dengan menggunakan air yang dicampur dengan daun bidara sebanyak 3x, 5x atau lebih dari itu jika kalian anggap perlu dan jadikanlah yang terakhirnya dengan kapur barus (wangi-wangian)”. [HR. Bukhari No.1253 & Muslim No.939]
3. Digunakan bagi Mengusir Jin yang merasuk atau sebab akibat disihir.
Ibnu Katsir saat mentafsirkan surah Al-Baqarah, ayat 102 yang bercerita mengenai fitnah syaitan kepada Nabi Sulaiman. Di dalam penceritaan tersebut Syeikh Al Qurtubi menceritakan daripada seorang ulama yg bernama Wahab bin Munabid iaitu cara untuk mengubati Sihir:
“Di ambil 7 helai Daun Bidara ditumbuk halus lantas dicampur air serta dibacakan Ayatul Kursi serta di beri minum pada orang yang terkena sihir 3x teguk serta baki airnya diguna untuk mandi. InsyaAllah akan hilang sihirnya”.
“Dan hendaklah membaca Surah Al-Falak, An-Nas serta ditambah Ayatul Kursi kerana ayat-ayat ini mampu mengusir syaitan”. [Tafsir Ibn Katsir Jilid 1 Terjemahan Singkat Halaman 171] [Tafsirul QuranilAzim Juz : 1 halaman 372]
Dua Jenis Pohon Bidara
Kebiasaanya di Malaysia, 2 jenis Pohon Bidara yang biasanya boleh diperolehi adalah:
Pohon Bidara jenis berbuah tapi tidak berduri
Pohon Bidara berduri dan tidak berbuah
Pohon Bidara yang jenis berduri itulah yang biasanya digunakan untuk tujuan merawat atau berubat. Wallahua’lam.
Keistimewaan pohon Zaitun, buah Zaitun & Minyak Zaitun telah dinyatakan oleh Allah dalam Al Quran melalui Surah At-Tin (95), ayat 1.
“Demi buah Tiin dan Zaitun”
[QS 95 : 1]
Ulama’ mentafsirkan, bila mana Allah bersumpah dengan kalimat ‘Demi..’, maka bermakna makhluk tersebut antara makhluk ciptaan-Nya yang memiliki kehebatan yang luar biasa. Sama seperti dalam Surah Ash Shams (91), Allah bersumpah; “Demi matahari..”, “Demi bulan..”, “Demi siang..”, “Demi malam..”, “Demi langit..”, “Demi bumi..”, dan seterusnya.
Untuk pohon Zaitun, Allah menyatakan kehebatan Zaitun ini juga dalam beberapa surah lain, antaranya Surah An-Nur (24) ayat 35;
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah ‘misykaat’ yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkati, pohon Zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat; hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api..
[QS 24 : 35]
Dalam surah Al-Mukminun pula, Allah nyatakan lagi tentang Minyak Zaitun dan buahnya sebagai makanan.. Surah Al-Mukminun (23), ayat 20;
Dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pohon (Zaitun) yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina, yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang-orang yang makan.
[QS 23 : 20]
Asal Pohon Zaitun
Buah zaitun dan Minyak Zaitun (Olive Oil), nama saintifiknya; Olea europaea, spesisnya dari keluarga; Oleaceae, asal usulnya; Basin Mediterranean. Pohonnya kebiasaannya berketinggian kira-kira 3 meter dan memiliki bentuk pohon yang rimbun. Hidup subur di sekitar Mediteranean seperti di Bumi Shams, iaitu Palestine, Jordan & Syria.. iaitu bumi para Anbia’.
Daun-daun pokok Zaitun berbentuk bujur panjang, buahnya berwarna hijau dan ungu gelap bila sudah masak ranum. Bentuk buahnya seperti buah anggur atau besar sedikit dari buah anggur.
Kebaikan Minyak Zaitun telah diketahui sejak ribuan tahun dahulu bahkan telah digunakan dalam sejarah perubatan Mesir purba lagi. Begitu juga di bahagian utara Mediteranean, iaitu di Eropah, telah diketahui akan kelebihan pohon Zaitun ini seoleh-oleh telah menjadi ‘pohon kayangan’, merujuk kepada gambar-gambar serta patung raja serta dewa mereka.
Seperti ‘cover buku’ ini menunjukkan Athena (1 spesis dari 12 dewa Greek kuno) dengan pohon Zaitun. Athena (goddess / dewa perempuan) ini dikaitkan dengan pohon Zaitun dan di bawah ini dianggap sebagai simbolnya.
Begitu juga dengan sejarah Rom, raja-raja mereka yang dipanggil Kaizer (Ceasar) dulu sering dilihat gambar-gambarnya memakai kalung di kepala yang dipanggil ‘laurel crown’, yang dipercayai dibuat dari ranting daun-daun Zaitun sebagai perhiasan kepala mereka.
Ini menunjukkan betapa pohon Zaitun amat disanjung tinggi sejak zaman dahulu lagi sehingga kini, kajian sains membuktikan khasiat dan kebaikan Minyak Zaitun. Maka benarlah firman Allah seperti yang telah dinyatakan di awal tadi.
Begitu juga dengan sejarah Rom, raja-raja mereka yang dipanggil Kaizer (Ceasar) dulu sering dilihat gambar-gambarnya memakai kalung di kepala yang dipanggil ‘laurel crown’, yang dipercayai dibuat dari ranting daun-daun Zaitun sebagai perhiasan kepala Caesar.
Keistimewaan Minyak Zaitun
Dalam buku ‘Sains dalam Al-Quran’ karangan Dr. Nadiah Thayyarah menulis Rasululllah SAW pernah bersabda:
“Makanlah buah zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak, karena ia tumbuh dari pohon yang diberkati”.
[HR. Ahmad & Tirmidzi]
Banyak lagi hadis-hadis berkaitan kebaikan Minyak Zaitun bahkan Nabi SAW juga menjadikan Minyak Zaitun antara amalan seharian baginda seperti menjadikannya sebagai minyak rambut selain memakannya.
Antara kajian yang pernah dilakukan mendapati, Minyak Zaitun megandungi Plorite ‘Triolein Tripalmitin’, terdapat juga bahan seperti ‘Atachidic esters’ dan sedikit mengandung ‘free oleic acid’. Minyak Zaitun juga mengandung air dan kandungan mineral yang cukup banyak. Antaranya termasuklah Kalsium, Zat Besi, Vitamin E, K dan beberapa vitamin lainnya.
Antioksidan (Mencegah Kanser)
Banyak kajian telah membuktikan manfaat kesihatan dari Minyak Zaitun. Khususnya Minyak Zaitun extra virgin (perahan pertama tanpa sebarang campuran bahan² asing), yang merupakan minyak berkualiti terbaik, kaya dengan antioksidan, yang dapat membantu mencegah kerosakan sel tubuh yang disebabkan oleh molekul yang disebut sebagai radikal bebas, penyebab sel kanser.
Radikal bebas adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh semasa proses metabolisme dan proses² lain. Antioksidan dapat meneutralkan radikal bebas ini sekaligus mengelak dari risiko terkena kanser.
Baik Untuk Jantung
Menurut kajian 2018, Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika dan Penguasa Keselamatan Makanan Eropah, mengesyorkan mengambil sekitar 20 gram atau dua sudu besar Minyak Zaitun extra virgin setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung (cardiovascular) dan keradangan (inflamatory).
Hasil kajian 2017 menunjukkan bahawa polifenol dalam Minyak Zaitun extra virgin dapat memberikan perlindungan dari penyakit kardiovaskular, aterosklerosis, strok, disfungsi otak, dan kanser. Polifenol adalah sejenis antioksidan.
Meningkatkan Metabolisma
Sindrom metabolik adalah suatu keadaan disebabkan oleh sekumpulan faktor yang meningkatkan risiko penyakit, termasuklah obesiti, tekanan darah tinggi dan kadar gula dalam darah yang tinggi. Masalah penyakit darah tinggi dan kencing manis sangat digalakkan mengamalkan pengambilan Minyak Zaitun sebagai dite pemakanan seharian.
Kajian juga mendapati bahawa Minyak Zaitun dalam diet pemakanan dapat memperbaiki masalah sindrom metabolik ini, seperti keradangan (inflammation), menstabilkan gula dalam darah, trigliserida (lemak dalam darah) dan Lipoprotein Berkepadatan Rendah (Low density lipoprotein LDL) atau ‘kolesterol jahat’. Sebaliknya, ia meningkatkan kadar Lipoprotein Berkepadatan Tinggi (High Density Lipoprotein – HDL) atau ‘Kolesterol baik’.
Dengan kata lain, amalan penggunaan Minyak Zaitun dalam diet pemakanan seharian bukan sekadar membantu menjaga kesihatan dalaman, bahkan sesuai bagi mereka yang ingin menjaga berat badan.
Minyak Zaitun Baik Untuk Kulit
Melembapkan kulit Minyak ini kaya dengan vitamin E dan antioksidan yang dapat melindungi kulit dari pencemaran luaran sepaerti sinaran matahari, angin atau udara yang tidak bersih. Tekstur Minyak Zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit, tahan lama dan sesuai dengan semua jenis kulit.
Memperbaiki kesihatan kulit Kandungan vitamin E dalam Minyak Zaitun dapat merawat keradangan (inflammatory), jerawat dan melindungi kulit dari penyakit yang serius seperti psoriasis dan kanser kulit.
Menanggalkan mekap Minyak zaitun dara adalah alternatif pembuang mekap yang mudah dan murah berbanding daripada jenama lain yang berada di pasaran. Ia bertindak dengan baik tanpa merosakkan kulit anda.
Antipenuaan (Antiageing) Apabila umur kita meningkat, kulit akan mula mengendur dan membentuk kedutan. Tanda-tanda penuaan ini boleh dikurangkan dengan amalan penggunaan Minyak Zaitun.
Skrub bibir Minyak Zaitun juga boleh membuatkan bibir nampak lembut dan cantik dengan mencampurkan beberapa titis Minyak Zaitun bersama gula perang yang telah dihancurkan dan sedikit jus lemon. Kemudian sapukan campuran ini pada bibir.
Mengatasi tumit merekah Gosok tumit dengan menggunakan air lemon yang panas dan sapukan Minyak Zaitun pada tumit untuk menambahkan kelembapan dan melembutkannya. Anda boleh memakai stokin untuk kelegaan yang lebih cepat.
Minyak Zaitun Baik Untuk Rambut
Seperti yang telah dinyatakan di atas pada topik Kebaikan Minyak Zaitun, perenggan 2, Nabi SAW menggunakan Minyak Zaitun sebagai pelembap (minyak) rambut. Kebaikannya telah menjadikan Minyak Zaitun antara bahan utama dalam industri pembuatan minyak rambut.
Sebagai tambahan, untuk home made minyak rambut, boleh cuba Minyak zaitun bersama dengan kombinasi bahan lain, seperti madu dan kuning telur, ramuan ini cukup baik untuk mengekalkan kesihatan rambut.
Minyak Zaitun kaya dengan vitamin E yang membantu mengatasi masalah rambut gugur, serta mengatasi masalah kelemumur dan menjada kesihatan kulit kepala. Madu boleh memberikan kelembapan terhadap rambut, ia juga mengandungi nutrien yang lain seperti magnesium, zink, sulfur, kalsium dan vitamin B yang membantu pertumbuhan rambut. Kuning telur kaya dengan protein, nutrien yang membentuk elemen pada rambut.
Selain itu ia juga oleh digunakan sebagai terapi sebelum mensyampu. Mengurut rambut dan kulit kepala dengan Minyak Zaitun sebelum syampu membantu memberikan kilauan dan kekuatan kepada rambut serta kesihatan kulit kepala.
Kesimpulan Penggunaan Minyak Zaitun
Terlalu banyak perihal Minyak Zaitun untuk dibicarakan, bahkan kajian terus menerus dijalankan untuk mencari rahsia² yang masih belum dibongkarkan lagi.
Yang pasti, apabila Al Quran telah pastikan, pohon, buah dan Minyak Zaitun itu telah ‘diberkati’ oleh Allah, maka sebagai Muslim, tidak ada keraguan padanya. Gunalah Minyak Zaitun untuk amalan pemakanan dan kegunaan luaran.
Dan sebagai Muslim juga, apa yang paling penting, setiap kali kita ingin menggunakan Minyak Zaitun, maka berniatlah memakainya kerana Allah (ingat semula firman Allah di atas) dan sebagai menuruti Sunnah Nabi SAW.. semoga kita mendapat manfaatnya di dunia (kesihatan tubuh) dan di Akhirat (pahala atas niat). InsyaAllah.
Aromaterapi dihasilkan bukanlah untuk menjadikannya sebagai pengganti kepada rawatan perubatan konvensional yang biasa. Tetapi ianya hanyalah sebagai alternatif setelah mendapatkan rawatan atau pun nasihat dari doktor.
Namun begitu berbagai penyelidikan dalam negara dan antarabangsa telah menunjukkan bahawa beberapa jenis tumbuhan terpilih mengandungi khasiat kesembuhannya (healing properties) tersendiri. Antaranya telah digunakan sebagai pati minyak Aromaterapi untuk digunakan bagi mendapatkan manfaat kesihatan seperti di bawah.
Manfaat & Kebaikan Aromaterapi
Meredakan tekanan, kegelisahan & kemurungan.
Memberikan perasaan tenang & relaks.
Menyegarkan kembali tubuh fizikal yang berasa lesu.
Membantu untuk lebih fokus & peka (alert).
Mengatasi masalah insomnia dan memudahkan tidur malam.
Melegakan rasa loya, masalah hidung tersumbat & melancarkan pernafasan.
Meredakan pening kepala, sakit belakang, sengal otot, sakit gigi.
Meringankan kesakitan tertentu, seperti osteoartritis lutut, sendi-sendi.
Membantu meningkatkan kualiti hidup orang yang bermasalah kesihatan seperti demensia.
Bersifat anti septik, iaitu anti bakteria & anti kulat, sesuai untuk merawat luka-luka kecil.
Meredakan kesakitan atau kegatalan akibat gigitan serangga.
Bersifat anti radang (anti inflammatory), membantu mengurangkan kegatalan akibat radang kulit,
Membantu mengurangkan jerawat, masalah kulit & kelemumur.
Meringankan beberapa kesan sampingan seperti mual & muntah akibat rawatan kemoterapi.
Melegakan rasa kembung perut akibat angin.
Meningkatkan respon seksual pada kaum lelaki & perempuan.
Menghadirkan perasaan (mood) yang positif.
Sesetengah Aromaterapi mengandungi cas-cas positif yang dapat menyingkirkan cas-cas negetif pada tubuh.
Membantu menyejukkan tubuh.
Penggunaan Aromaterapi juga dapat mengelakkan penggunaan ubatan (drugs) yang mengandungi kesan sampingan (side effect).
Sebahagian kecilnya mengandungi kelebihan untuk kesihatan rohani, seperti khasiat Daun Bidara, terdapat dalil hadis Nabi SAW akan kebaikan pati minyak Daun Bidara bagi kesihatan dalaman (rohani).
Kebaikan Minyak Angin Aromaterapi
Terlalu banyak kebaikan dan manfaat pati minyak Aromaterapi (Aromatherapy essential oil) ini, bahkan terdapat banyak buku-buku ilmiah khusus tentang topik Aromaterapi, jenis-jenis serta kegunaan & manfaatnya diterbitkan oleh berbagai ilmuan dari seluruh dunia.
Termasuklah karya-karya oleh cendikiawan Islam sendiri sepertimana yang telah dibincangkan dalam Sejarah Aromaterapi Dalam Perubatan Islam. Dunia barat dan tak kurang juga hebatnya dari dunia timur, pelbagai jenis pati minyak serta tumbuhan telah diklasifikasikan akan kegunaan dan manfaatnya.
Minyak Angin Avergold Aroma Terapi Massage Oil
Untuk itu, kami di Avergold telah berjaya, alhamdulillah, mencipta suatu formula terbaru gabungan antara 1,001 kebaikan Aromaterapi dengan formula dari bahan² premium terpilih.
Melalui jenama Avergold, kami memperkenalkan suatu revolusi produk kesihatan dalam kandungan botol 55ml pada harga yang sangat berpatutan. Satu rumah satu botol, bagi memiliki khasiat & manfaat Aromaterapi dan Minyak Angin, Avergold Aroma Terapi Massage Oil.
Ia adalah penambahbaikan Minyak Angin yang lama, diperbaharui dengan tambahan segala keperluan & manfaat untuk kesihatan dan kesegaran tubuh untuk setiap golongan pengguna.
Istilah Aromaterapi(Aromatherapi) berasal dari dua perkataan, iaitu aroma & terapi. Aroma bermaksud haruman atau wangian dan Terapi bermaksud kaedah rawatan ke atas sesuatu jenis masalah kesihatan. Terapi selalunya adalah istilah yang digunakan bagi kaedah rawatan luaran sama ada terapi secara langsung atau terapi tidak langsung. Jadi pada dasarnya, istilah Aromaterapi berkaitan dengan kaedah bagi mengatasi suatu permasalahan kesihatan diri dengan penggunaan aroma dari sumber alam.
Jenis Terapi
Terapi secara langsung – rawatan terus pada bahagian tubuh yang sakit, seperti rawatan fisioterapi (physiotherapy), urutan dan seumpamanya.
Terapi tidak langsung – seperti santapan pancaindera, pandangan, pendengaran, hidu, sentuhan & rasa pada suasana alam sekitar yang menyegar dan mendamaikan. Mendengar alunan zikir juga merupakan terapi minda serta santapan rohani secara tak langsung.
Perbezaan Terapi & Rawatan
Seperti yang telah dinyatakan di atas, Terapi adalah kaedah rawatan atau membaik pulih kesihatan tubuh secara luaran. Sementara rawatan pula adalah proses memperbaiki kerosakan yang telah terjejas pada tubuh. Rawatan boleh jadi secara luaran atau dalaman, iaitu memakan ubatan serta melakukan pembedahan ke atas bahagian yang sakit.
Terapi selalunya tidak memberikan kemudaratan atau kesan sampingan (side effect) yang lain berbanding kaedah rawatan menggunakan ubatan (drugs). Namun begitu setiap penyakit perlulah dirujuk dengan pakar perubatan iaitu doktor yang ahli dalam bidangnya serta kaedah rawatan yang dianjurkan.
Terapi
Kaedah rawatan luaran
Tak perlu makan ubat
Tak membabitkan suntikan atau pembedahan
Tiada risiko kesan sampingan (side effect)
Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja (yang tahu caranya), termasuk diri sendiri
Rawatan
Proses membaik pulih secara menyeluruh pada tubuh
Luaran & dalaman
Suntikan atau pembedahan sekiranya perlu
Risiko kesan sampingan (side effect)
Dilakukan oleh doktor bertauliah sahaja
Gabungan Aroma & Terapi
Aromaterapi adalah pati minyak (essential oil) berasaskan tumbuhan aromatik terpilih yang dihasilkan bagi tujuan meningkatkan keadaan psikologi dan kesihatan seseorang. Ia digunakan sebagai suatu terapi alternatif selain daripada rawatan konvensional.
Sebagai contoh, anda ingin mengatasi masalah kesihatan dalaman, seperti kegelisahan hingga sukar tidur, anda boleh berikhtiar dengan penggunaan Aromaterapi. Masalah kesihatan seperti ini mungkin berisiko dengan kaedah rawatan konvensional yang menggunakan ubat-ubatan.
Kaedah Aromaterapi menggunakan ekstrak pati minyak dari tumbuhan terpilih yang memiliki sifat aromatik dan kesembuhan (healing properties)
Sejarah Aromaterapi
Adalah dipercayai Aromaterapi telah mula digunakan sejak berabad-abad lamanya. Penggunaannya telah dikenalpasti sejak zaman Mesir kuno (2000 tahun SM), China (Dinasti Chang di zaman Gangsa), Parsi, Babylon serta bangsa Yunani (Greek) ribuan tahun dahulu sebagai rawatan oleh tabib perubatan, bahan pewangi, digunakan juga dalam proses makanan serta mengawet mayat.
Pada zaman tersebut bahan-bahan untuk penghasilan Aromaterapi yang terdiri dari tumbuh-tumbuhan serta rempah ratus terpilih mempunyai nilai yang sangat tinggi. Dikatakan nilainya setanding emas dan permata kerana kesukaran untuk mendapatkannya serta keperluan kepada ilmu pengetahuan untuk mendapatkan hasilnya. Bahkan ia selalunya digunakan oleh raja-raja mereka serta golongan bangsawan sahaja.
Antara peranan utama bahan Aromaterapi digunakan pada zaman dahulu adalah bagi proses penyembuhan luka, di mana beberapa tumbuhan yang memiliki sifat anti bakteria, anti virus dan anti inflamasi (anti radang) pada kulit. Kerana ketika itu semuanya berasaskan tumbuhan, sebelum bermulanya era pemodenan dalam bidang perubatan.
Dalam sejarah Islam juga, suatu kitab terkenal dan telah diterjemah ke bahasa Parsi, Latin, Cina, Ibrani, Jerman, Perancis dan Inggeris, iaitu Kitab Kanun Perubatan, karangan Ibnu Sina. Kitab ini dikenali juga sebagai ‘ensiklopedia perubatan’ kerana merupakan penulisan terlengkap bidang perubatan dan masa yang cukup lama untuk dihasilkan oleh beliau.
Kitab Kanun Perubatan ini selesai dihasilkan pada zaman pertengahan Islam iaitu 1025 Masihi (416 Hijrah). Keilmuan karangan Ibnu Sina yang menyeluruh dan lengkap menjadikannya rujukan hingga kini. Kitab ini terbahagi kepada 5 buku utama, yang mana termasuklah bab penggunaan Aromaterapi:
Prinsip Am Amalan Perubatan
Rawatan Ringkas
Penyakit Setempat
Penyakit Am
Pengubatan Campuran (Formular)
Setelah dunia perubatan memasuki zaman moden dengan penghasilan peralatan pembedahan lebih canggih serta ubat-ubatan dari sumber sintetik (drugs) sekitar tahun 1800an, sedikit sebanyak meninggalkan perubatan bersumberkan tumbuhan.
Namun sejak akhir-akhir ini manusia kembali cenderung untuk memilih kepada kaedah Aromaterapi yang diyakini lebih selamat dan hampir tiada kesan sampingan berbanding ubatan sintetik (drugs).
Bahkan telah banyak kajian serta aplikasi Aromaterapi yang lebih meluas, bukan sahaja khusus dalam bidang perubatan, tetapi dalam seluruh kehidupan manusia. Dari penggunaan bahan penjagaan & kebersihan diri hinggalah keperluan dalam setiap rumah serta kenderaan terdapat elemen Aromaterapi.
Kaedah Penggunaan Aromaterapi
Aromaterapi paling banyak digunakan sebagai minyak wangi kerana ia memberikan haruman secara langsung kepada sipemakai dan orang sekelilingnya. Namun begitu Aromaterapi lebih dari sekadar haruman semata-mata, ia dihasilkan khusus untuk tujuan terapi diri dari pelbagai permasalahan tubuh luaran dan dalaman.
Perawatan dengan kaedah Aromaterapi kebiasaannya adalah dengan cara menghidu aromanya melalui hidung atau menyapu pati minyaknya pada kulit. Pati minyaknya juga biasa digunakan pada tubuh luaran sebagai terapi mengurut atau selepas mandi. Secara umumnya ia sesuai untuk hampir semua peringkat usia, dari kanak-kanak hingga dewasa bergantung kepada jenis dan ramuan yang digunakan.
Sila lihat artikel seterusnya berkaitan Kebaikan Pati Minyak Aromaterapi. Kami cuba huraikan dengan lebih terperinci mengenainya beserta manfaat Aromaterapi.
Dunia Barat baru mengenal dan mengembangkan penggunaan Aromaterapi pada awal abad ke-20 Masihi. Namun sejarah Aromaterapi telah mencatatkan, Tamadun Islam telah menggunakannya 13 abad lebih awal lagi. Sebelum ahli kimia berbangsa Perancis, Rene-Maurice Gattefosse memperkenalkan aromaterapi di Eropah pada 1920an, para doktor dan ahli kimia Muslim seperti al-Kindi, Jabir Ibnu Hayyan serta Ibnu Sina(Avicenna) telah mengembangkan kaedah perubatan ini pada abad ke-7 Masihi lagi.
Aromaterapi merupakan istilah generik bagi salah satu jenis perubatan alternatif yang menggunakan bahan pati tumbuhan yang mudah meresap, dikenal sebagai minyak esensial (essential oil), dan senyawa aromatik lainnya dari tumbuhan. Aromaterapi bertujuan untuk mempengaruhi suasana hati atau kesihatan seseorang, yang sering digabungkan dengan praktik perubatan alternatif.
Sejarah Pati Minyak Sejak Tamaddun Islam
Sejarah tamaddun manusia telah mengenali aromaterapi sejak 6,000 tahun yang lalu, namun kajian sainstifik telah dilakukan oleh ahli kimia dan perubatan Islam. Semasa zaman khalifah lagi, teknologi penghasilan pati minyak (essence oil) perubatan telah berkembang dengan pesat. Nabi Muhammad SAW yang hidup sekitar abad ke-6 dan ke-7 Masihi pun cenderung menggemari aroma wangi-wangian dan telah menjadi Sunnah Baginda SAW.
Berdasarkan catatan sejarah, pada abad ke-7 Masihi, para ahli kimia Arab berupaya mencari saripati dari tanaman. Pada abad ke-9 M, ahli kimia Muslim bernama Yakub al-Kindi (803-870 M) dalam bukunya bertajuk Perfume Chemistry and Distillation telah berjaya menghasilkan beraneka jenis pati minyak (essential oil).
Ahli kimia Muslim lainnya, yakni Jabir Ibnu Hayyan (Geber) juga telah berjaya menghasilkan teknologi penyulingan pati minyak dari berbagai jenis tumbuhan dan bunga. Semua penemuannya itu ditulisnya dalam Summa Perfectionis. Dalam kitab tersebut, Jabir menjelaskan teknologi penyulingan ciptaannya dalam beberapa bab.
Ibnu Sina Pelopor Aromaterapi
Zaman Sains Barat, Marlene Ericksen dalam karyanya bertajuk Healing with Aromatherapy mengakui peradaban Islam sebagai pelopor dan perintis aromaterapi moden. Menurut Ericksen, penyulingan wap air pertama kali ditemukan oleh tokoh perubatan Muslim bernama Ibnu Sina (980 M-1037 M).
Ibnu Sina, menurut Ericksen, telah menggunakan penyulingan wap air itu untuk membuat pati minyak (essential oil) yang digunakan untuk merawat pesakitnya. Menurutnya, kaedah perubatan ini kemudian dikenali sebagai Aromaterapi.
“Ibnu Sina pun digelar sebagai orang pertama yang memperkenalkan Aromaterapi”.
kata Ericksen
Hal yang sama juga diungkapkan Stanley Finger dalam karyanya bertajuk Origins of Neuroscience: A History of Explorations Into Brain Function, bahawa penyulingan wap air pertama kali ditemukan doktor Muslim bernama Ibnu Sina (980 M-1037 M).
Ibnu Sina juga dikenali sebagai orang pertama yang membuat perkakas penyulingan untuk pati minyak esensial. Dia menciptakan suatu sistem paip melingkar, yang menghasilkan wap air tanaman dan wap panas menjadi dingin yang lebih efektif, sehingga pati minyak esensial dapat dihasilkan. Dalam karyanya yang sangat monumental, ‘Al-Qanun fi’l Tibb‘ atau ‘Canon of Medicine‘, Ibnu Sina menjelaskan pati minyak esensial dan aromatik tumbuh-tumbuhan dapat digunakan secara ekstensif dalam mempraktikkan aromaterapi. Kitab Canon of Medicine juga merupakan salah satu dari ratusan buku perubatan yang secara khusus membahas mengenai air mawar.
Menurut ramai pengkaji , Ibnu Sina telah berjasa dan berkontribusi besar dalam meletakkan dasar-dasar pengembangan proses kimia seperti penyaringan, penyulingan, sublimasi dan proses pengapuran. Ia disebut sebagai pengasas prosedur penyulingan dari bunga menjadi minyak esensial. Salah satu bunga pertama yang disuling menjadi minyak adalah bunga mawar.
Penyulingan wap yang ditemukan Ibnu Sina kemudian digunakan pada aromaterapi dan industri wangi-wangian. Penemuan wap penyulingan memberikan kontribusi yang signifikan untuk pengembangan wangi-wangian. Teknologi distilasi wap yang ditemukan para ilmuan Islam di era keemasan sangat mempengaruhi industri pewangi di Barat dan perkembangan ilmu pengetahuan, khususnya kimia.
Pada abad ke-13 M, seorang ahli perubatan Muslim bernama al-Samarqandi juga mengembangkan perawatan dengan wangian atau aroma. Dalam risalah yang ditulisnya, ia membahas tentang berbagai jenis aromaterapi berupa mandian aromatik, serbuk aromaterapi, wap panas dengan wangian dari aneka bunga-bungaan. Al-Samarqandi melakukan terapi aroma untuk menyembuhkan infeksi telinga dan sinus. Aromaterapi juga merangsang psikologi atau aura seseorang, mencerdaskan minda, memberikan ketenangan minda, memberikan kesegaran dan keselesaan tubuh badan seharian.